SKRIPSI MAHASISWA UNIGHA
BERBUAH EMAS
Sungguh
tidak dapat diduga Universitas Jabal Ghafur (Unigha) Pidie akhirnya telah berjaya
melahirkan seorang mahasiswa yang berkreativiti dan berinovasi selaras dengan
hasrat pendidikan negara mahu melahirkan mahasiswa yang berkredibiliti, kreatif
dan berinovasi. Muhammad Zulfikar nama diberi merupakan anak kelahiran sepasang
suami isteri Hasbi Hamzah dan Nurmiza pada 9 september 1992 merupakan mahasiswa
yang dimaksudkan. Beliau kini sedang menyambung pengajian di bangku kuliah
semester enam di Universitas Unigha.
Muhammad zulfikar adalah salah seorang pelajar yang dapat meraih medal emas
pada pertandingan Inovasi Robot International Aceh di Kampus Universitas
Ubudiyah Indonesia (UUI) Banda Aceh pada 28-29 Mac. Pertandingan ini bukan
sahaja diwakili oleh beliau tetapi juga diikuti penyertaan oleh mahasiswa dari
negara lain seperti Malaysia, Korea Selatan, Filipina, Kanada dan Amerika
Syarikat. Ternyata Muhammad Zulfikar berjaya menunjukkan kebolehannya yang
kreatif dengan memperagakan kereta remote menggunakan mesin pengontrol dari
jaringan internet. Hal ini sungguh luar biasa sekali untuk mencipta kawalan
jauh menggunakan internet. Walau berada di jarak jauh dan berbeza tempat
sekalipun kereta itu dapat dikawal dengan hanya memasukkan alamat kereta
tersebut lalu dapat digerakkan menggunakan internet, smartphones atau laptop. Beliau
menyatakan bahawa kos biaya yang diperlukan adalah tidak terlalu besar hanya
sebanyak 2.500.000 sahaja. Menurut beliau, dia tidak pernah menyangka akan
memenangi pertandingan ini. Semua ini
adalah hasil ideanya semasa membuat skripsi bertajuk “ Pengontrol Mobil
Berbasis Internet” dua bulan lepas telah mendapat nilai tertinggi dan mendapat respon
positif oleh para juri. Setelah itu, Dosennya Ridwan telah menawarkan beliau
untuk mengikuti pertandingan Inovasi Robot itu. Siapa sangka tuah menyebelahi
beliau dengan meraih medal emas yang sangat membanggakan dirinya dan juga
Universitas Jabal Ghafur. Disebabkan kejayaan beliau ini, beliau bukan sahaja
mendapat medal emas tetapi beliau juga telah mendapat penghargaan daripada
Rektor Unigha Sigli , Drs Sulaiman berupa sijil penghargaan serta penghargaan
daripada Asia Invention Association (AIA). Inilah mahasiswa yang perlu
dicontohi dan perlu dijadikan role model , mahasiswa sepatutnya bukan sahaja
mempelajari teori yang ada pada buku tetapi teori yang dipelajari perlu diamati
sendiri, iaitu dengan mengaplikasikan teori dalam kehidupan seharian. Selaras dengan
kemajuan sains dan teknologi dewasa ini semuanya dapat membantu lagi meningkatkan daya pemikiran mahasiswa yang
kreatif dan berinovasi.
No comments:
Post a Comment